Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010..

tahun baru azam baru.. begitulah kita.. tapi azam hak tahun lepas tertunai atau tidak wallaua'lam.. kita boleh merancang.. kita jugak boleh bercita-cita.. akan tetapi.. perancangan dan cita-cita tersebut boleh direalisasikan atau tidak memerlukan kesungguhan dan disiplin yang tinggi..

zaman sekarang.. semakin ramai orang yang hebat berkata-kata.. pandai bersyarah.. khususnya di kedai-kedai kopi.. manusia khususnya yang bernama melayu.. dibuai oleh kehebatan bersyarah.. mengatakan ini tak betul itu tak betul.. tetapi.. adakah kita berusaha untuk membetulkan apa yang tidak betul itu.. sekarang bukan masa untuk berbahas apa yang tidak betul.. marilah kita sama-sama membetulkan apa yang tidak betul itu.. kuatkan semangat untuk bekerja.. disiplinkan diri.. biar bangsa kita maju dan berjaya.. jangan diperlekeh oleh orang.. melayu hanya berjaya kerana subsidi @ bantuan daripada kerajaan sahaja.. buktikan kita orang melayu yang beragama islam ini.. adalah peneraju dalam segala segi.. mereka boleh.. mengapa kita tidak boleh??

Tuesday, December 29, 2009

Anugerah Allah..

Alhamdulillah selamat dilahirkan jam 2.25 petang pada 27/12/2009..

Wednesday, December 23, 2009

Sumpah mat said

salam..

amacam.. percaya atau tidak. Seorang MB terpaksa bersumpah kerana didesak oleh kawan-kawan dari parti dia sendiri untuk menidakkan tuduhan-tuduhan yang bersifat rasuah. Macam-macam tuduhan, tetapi yang paling glamer.. pasal pembahagian kurma. Cerita pasal kurma & air zam-zam ni telah lama kedengaran. Macam-macam cerita, tetapi banyak yang lawaklah. Dek kerana kurma ni, niat baik seorang MB telah disalah anggap. 7 juta lebih duit rakyat dibelanjakan. Terengganu memang negeri kaya. Puak-puak yang melawan ni sebenarnya kerana projek kurma tu dokleh ke dia. Mat said dok wi. Aku dengar-dengar cerita, bukan setakat projek kurma je dokleh. Banyak lagi projek-projek lain yang mat said dok wi. Tu yang mengamuk sakan.

Terpaksalah seorang MB.. tidak pernah aku lihat sebelum ini bersumpah.. Wallahi.. Wabillahi.. Watallahi.. projek-projek tersebut.. semuanya telus.. tidak ada rasuah.. sehinggakan seorang tua menangis kerana terharu dek kerana tidak pernah makan kurma nabi.. katanya.. itulah cerita seorang menteri besar di sebuah negeri atas angin... wallahua'lam bissawabbb...

Ceramah

Ceramah Umum Sempena Komited

Penceramah :
1) Ybhg. Al Fadhil Ust Nasrudin Hassan Tantawi
2) YB. Hj. Mohd Abdul Wahid bin Hj. Endut
3) Ybhg. Mohd Suhaimi Saad
4) YB. Ust. Mohd Nor bin Hamzah

Tarikh : 25-12-2009
Tempat : Pasar Cabang 3, Kuala Terengganu.
Masa : 9.15 malam.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Tuesday, December 22, 2009

Broadband tak bayar..

Salam..

agak lama aku tidak mengupdate blog ni.. minggu lepas nun g KL.. minggu ni sibuk.. kedua-dua buah hati aku sakit.. cirit + muntah2. Letih nak melayan.. nak buat camane tanggungjawab sebagai seorang Abi nak tak nak kena laksanakan.

broadband pulak, takdok warning langsung.. potong je tahu dia.. bil dok sapa.. baru hari ni berkesempatan untuk g bayar.. rohok betul..

bila dah lama tak melayari internet.. ada jugak rasa gian dia.. nak membaca.. nak menulis pun ada.. walaupun aku ni bukan jenis penulis.. SPM pun bahasa melayu setakat kredit je.. aku bukan dilahirkan sebagai penulis..

hari ni.. hari kedua sidang Dun Terengganu.. aku dak sedar langsung pasal perkara ni.. semalam tengok Tv nampak Yb lias tgh bertikam lidah ngan menteri besarku.. terkejut gak.. sebelum belum ni awok2 kita hak berlawan.. nampak gayanya tidak pernah aku lihat sebelum ini awak2 dia sama sendiri berlawan.. kuasa Allah taala..

nampak gayanya mat said dok senang duduk.. harap2 sultan masih memperkenankan beliau.. walaubagaimanapun.. kita tunggu dan lihat.. sama2 berdoa.. biar pecah mereka semua.. yang rapat dan bertangkup awok2 kitalah..

Monday, November 30, 2009

Himpunan desak TGNA letak jawatan.

Lintas Langsung Dari Kota Bharu
Tak Sampai 50 Orang Berhimpun Desak Nik Aziz Letak Jawatan

HASRAT satu kumpulan manusia untuk berarak dan berhimpun di depan pejabat Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaiam, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu pagi ini tidak kesampaian apabila tidak sampai 45 orang yang menyahut dan berhimpun di pinggir jalan berkenaan.

Seorang penjenguk blog Merah Tinta yang memantau keadaan sejak pagi tadi, memberi tahu apa yang kelihatan dua buah teksi roda tiga yang dipercayai diupah berada di hadapan pintu masuk ke Kota Darunaim sejak jam 7:30 pagi.

Tidak kedapatan sepanduk atau pun kain rentang yang digantung dan dibawa oleh mana-mana puak.

Baru sekejap tadi seorang pemimpin Umno peringgkat kawasan yang dipercayai menjadi 'pak sanggup' kepada ahli politik tertentu di Kuala Lumpur telah menyerahkan memorandum kepada Nik Aziz yang diterima oleh Setiasuaha Politik, di pintu masuk masuk perkarangan Kota Darulnaim.

Sebaik memorandum yang dipercayai mendesak Tok Guru Nik Aziz meletak jawatan disampaikan kumpulan manusia itu bertempik melaungkan desakan supaya Nik Aziz melepas jawatan.

Menurut penjenguk itu lagi, beberapa orang anggota polis yang turut memantau keadaan itu telah meminta kumpulan penunjuk perasaan itu bersurai. Tanpa banyak kerenah dan tercetus kejadian tidak diingini kumpulan berkenaan bersurai meninggal perkarangan Kota Darulnaim. [wm.kl. 10:40 am 01/12/09]


http://msomelayu.blogspot.com/2009/12/lintas-langsung-dari-k

Sunday, November 29, 2009

doa tolak bala penyakit..

gambar bersama bakal haji..

Broadband bermasalah..

Lama sungguh aku tak mengupdate blog ni.. bukan takdok masa.. jauh sekali malas.. ianya adalah kerana aku tak boleh masuk ke alam maya ni.. broadband yang aku pakai ni dokleh nak log in.. masalah ape.. aku kena tanye yang pakar jugok.. so.. kepada kawan2 yang ternanti-nanti untuk membaca artikel atau posting aku yang terbaru diharap bersabarlah.. (hehehe cam bagus je aku).. azrin is coming back..

Tebang pokok..


Kerja-kerja yang terpaksa dilakukan. Kalau tak buat dalam masa terdekat ni mungkin masalah lebih besar akan berlaku.. paham2 sendirilah..

Thursday, November 12, 2009

Konvensyen Blogger PAS 2009

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan mengadakan Konvensyen Blogger PAS 2009. Sehubungan dengan itu, aktivis bloggers PAS khususnya dari peringkat pimpinan Pusat, Negeri, kawasan dan ahli cawangan dipelawa bagi menghadiri konvensyen ini.Tempat adalah terhad. Untuk pendaftaran, para bloggers diminta untuk menghantar email ke – penerangan.paspusat@yahoo.com

atau hubungi Sekretariat Penerangan PAS Pusat ditalian 03-2692500 ext 310 sebelum 13 November 2009 (Jumaat).

Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Nama
  • No. Ahli Pas
  • No. HP
  • Alamat Blog
  • Email

Tarikh dan tempat program akan dimaklumkan melalui email.

Sekian. Harap Maklum

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Tuesday, November 10, 2009

used vs love

While a man was polishing his new car, his 4 yr old son picked up a stone and scratched lines on the side of the car. In anger, the man took the child's hand and hit it many times not realizing he was using a wrench. At the hospital, the child lost all his fingers due to multiple fractures. When the child saw his father with painful eyes he asked, 'Dad when will my fingers grow back?'
The man was so hurt and speechless; he went back to his car and kicked it a lot of times. Devastated by his own actions. sitting in front of that car he looked at the scratches; the child had written 'LOVE YOU DAD'. The next day that man committed suicide. . .

Anger and Love have no limits; choose the latter to have a beautiful, lovely life & remember this:

Things are to be used, People are to be loved.
The problem in today's world is that people are used while things are loved.

Watch your thoughts; they become words.
Watch your words; they become actions.
Watch your actions; they become habits.
Watch your habits; they become character;
Watch your character; it becomes your destiny.

Sunday, November 8, 2009

Thursday, November 5, 2009

4 isteri,jagalah yang pertama

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering
mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

Wallahualam - tkodaily

Sembahyang hajat mak tua nk g mekah..



Thursday, October 29, 2009

Himpit


5 Tip JANGAN semasa Tidur

1) JANGAN TIDUR MEMAKAI JAM
Jam mampu memancarkan sejumlah Radioaktif.
Walaupun kecil tetapi memakai jam jangkamasa lama semasa tidur bole menghasilkan effects jangkamasa panjang terhadap kesihatan anda.

2) JANGAN TIDUR DENGAN HANDPHONE
Meletakan HP berhampiran anda semasa tidur tidak walaupun mengunakan HP sebagai Alarm. Kajian membuktikan semua barangan elektrik termasuk HP bole memancarkan gelombang magnet semasa ianya ON. Gelombang ini memberi kesan kepada sistem pendarahan manusia

3) JANGAN TIDUR TANPA REMOVE MAKE UP
Sesetengah wanita selalu tidor tanpa membuang makeup selalunya menghadapi masalah kulit pada jangka masa panjang. Tidur dengan make up juga memganggu kulit mengeluarkan peluh dan proses menbuang kekotoran. Anda juga memerlukan masa yang lama untuk tidur lena

4) JANGAN TIDUR MEMAKAI BRA
Saintis Amerika mengatakan sesiapa yang tidur memakai bra dalam jangka masa 12 jam atau lebih mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit Barah. Sekiranyatidur untuk jangkamasa lama jangan memakai BRA

5) JANGAN TIDUR DENGAN SUAMI / ISTERI ORANG
Anda mungkin "tidak" bangun keesokan hari lagi!!!!

Before & After Marriage

Before the marriage:

He: Yes. At last. It was so hard to wait.
She: Do you want me to leave?
He: NO! Don't even think about it.
She: Do you love me?
He: Of course!
She: Have you ever cheated on me?
He: NO! Why you even asking?
She: Will you kiss me?
He: Yes!
She: Will you hit me?
He: No way! I'm not such kind of person!
She: Can I trust you?
He: Yes.

Now after the marriage
Sila baca dari bawah ke atas .. !!!!

Tuesday, October 13, 2009

salam..

lame sungguh dok update blog ni.. bukan tadok cerita.. cerita terlalu banyak.. cumanya masa dok dan.. sibuk terlajak lajak.. kalah wakil rakyat.. hehehe.. tadok cita-cita..

minggu lepas dok sibuk di bagan pinang.. tolong kawan2.. buat kerja sukarela.. frust gok.. nak wak guane.. takdir Allah taala.. kita usaha dah.. mungkin hikmahnya lebih baik kalah daripada menang.. Insya'Allah.. perjuangan mesti diteruskan beb..

semalam g minum air ngan sopi.. lame gok sembang.. macam2 topik kluar.. bagus ah bertukar-tukar pendapat.. cumanya.. tindakan kena cepat dan bersungguh.. bukan hanya tahu bercakap je..

malam ni ada program reunion dppkt.. otai2 lame akan dapat dikenali.. hehehe.. sekeh pale.. tadop idea dah.. sekadar tu untuk kali ni.. adios amigos..

Sunday, October 4, 2009

Bagan Pinang


Hanset tadok bateri.. dok dan nak bluetooth byk lagi..

Friday, October 2, 2009

Bagan Pinang


gambar-gambar yang sempat ambil.. esok akan menyusul lagi..

Tuesday, September 29, 2009

Sopi sdg bekerja...???


Inilah gambaran apa yang sedang berlaku... nilailah sendiri..

Servis kereta..

Aku sedang menunggu kereta aku diservis.. sambil-sambil menunggu boring tak tahu nak buat apa mulalah berase nak mengarut.. Sopi (si tukang servis kereta) buat kerja lembab nak mampus.. gaya je lebih.. kerja laju sikit je daripada siput babi.. hehehe (harap-harap dia bacalah posting aku ni)..

Kamera ada dalam kereta kalau tidak boleh aku upload gambar dia tengah buat kerja.. kepada kawan-kawan janganlah hantar kereta anda untuk dibaiki atau diservis oleh Sopi.. nescaya anda akan menyesal.. sesungguhnya Sopi adalah seorang yang banyak bercakap sahaja.. kerja hanya buat sikit-sikit je.. Satu lagi.. janganlah kamu mengambil Sopi bekerja dengan kamu.. kerana Sopi seorang yang tidak jujur di dalam bekerja.. aku dipaksanya beli minyak hitam yang dia jual.. dia ambil mana aku tak tahu.. ntah2 hak reject..

Untuk Sopi.. apa yang aku tulis ni adalah luahan perasaan aku yang sebenar-benarnya.. harap2 mung akan berubah.. sempena syawal ini aku mohon maaf sekiranya artikel ini agak kasar.. kalau berasa hati malam ni gie keda mezoh.. aku belanja air.. diulangi.. hanya air je.. sup belut bayar sendiri.. hehehehe... dokleh gurau dok surau... adios amigos..

Monday, September 28, 2009

Open House Mat Lani..

Ketua IT & S/U yang kekenyangan...

Man Musang melarikan diri daripada anak-anak mat lani yang mintak duit raya..

Masing-masing control hensem walaupun perut lapar gile..

Hambali sedang makan tisu sebab makanan-makanan telah habis dimakan sudin..

Saturday, September 26, 2009

Facebook

aku dah register facebook.. sesiapa yang berminat untuk melihat khususnya gambar2 bolehlah layari facebook aku azrinaris78..

Saturday, September 19, 2009

Hari Ini Hari Raya

Qisthina dan Arfan sedang berposing..

Qisthina dan tokkinya...

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI

SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI.. MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Friday, September 11, 2009

BERAS OH BERAS...

beberapa kampit beras yang sempat diselamatkan.. daripada di makan oleh Sopi...

Thursday, September 10, 2009

EDAR RISALAH DI PASAR BORONG GONG PAUH.





Walaupun tak ramai yang turun.. perjuangan mesti diteruskan... Allahuakbar!!!

Wednesday, September 9, 2009

Senior aku...

"TIADA REHAT DALAM PERJUANGAN"... aku bukan berehat.. aku tido je...

Dua Pemimpin..



Dua pemimpin yang berbeza pandangan dan perjuangan... nilailah sendiri...

Monday, September 7, 2009

Hantu Pocong...


Hehehehe.. hantu pocong nak semayang.. hantu modenlah katakan..

Kerja-kerja gotong royong membaiki garaj kereta.


















































Terima kasih kawan-kawan kerana tolong kami membaiki garaj kereta. Nak ajak minum air dokleh.. lepas-lepas ni ah..