Saturday, December 17, 2011

Dari Punk menjadi 'Angry Bird'

Kelmarin seramai 65 remaja yang berpakaian seperti Mat Punk, berambut panjang, bertatu dan bertindik ditahan pihak berkuasa Aceh.

Kesemua remaja yang ditahan terdiri dari 59 orang lelaki dan enam perempuan.Yang lelaki dibotakkan kepala, dipaksa membuang perhiasan diri dan yang bertindik harus mencabut tindikan pada tubuh.Kemudian mereka disuruh berendam ke dalam sungai.


Mahu jadi Mat Punk? Di Malaysia boleh tapi tidak sekali di Aceh.


Sesi bercukur beramai-ramai - percuma!


Macam program nak khatan beramai-ramai ...

Penulis difahamkan, beratus-ratus peminat punk rock Indonesia sebelum itu tiba di Aceh untuk menonton konsert bagi mengumpul derma anak yatim.

Polis kemudian menyerbu tempat konsert tersebut dan menangkap sejumlah peminat yang menyimpan gaya rambut mohawks dan bertatu, memakai seluar jeans ketat serta rantai.

Mereka kemudian dibawa ke sebuah kem berdekatan bagi menjalani program pemulihan akhlak selama 10 hari yang dikendalikan oleh pihak polis.

Alamak! Ramainya Upin & Ipin!

Walaupun mendapat reaksi yang berbeza-beza, namun penguatkuasa syariat Islam di Aceh bukanlah sekadar menjadi hiasan dalam buku undang-undang pemerintah sahaja, sebaliknya ia dilaksanakan secara tegas oleh pemerintah daerah.

Jadi 'Angry Bird' pula kawan kita nih!

Bantahan dan kritikan sesetengah kelompok hak asasi manusia yang menolak pelaksanaan undang-undang itu tidak dipedulikan. Ia kerana Aceh sememangnya sudah lama ingin melaksanakannya.

Tambahan pula, ia sememangnya satu undang-undang yang disahkan sebelum berlakunya perjanjian damai antara pemerintah Indonesia, puak pemisah Gerakan Aceh Merdeka (GAM).

Oleh itu mahu tidak mahu dengan sokongan sebahagian besar parti politik di wilayah tersebut, maka penduduk Aceh harus akur dengan pelaksanaan undang-undang syariah itu.

Berikutan kuasa yang diberikan kepada pemerintah daerah, mereka berkuasa untuk mengenakan tuduhan jenayah kepada kesalahan-kesalahan berkaitan meminum minuman keras, berjudi, berzina dan mencuri.

Selamat Datang Ke Aceh! – Oleh SYAHRIL A. KADIR

Thursday, December 15, 2011

TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Pendakwah dan jurugambar berbakat :)Facebook beliau: http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

Wednesday, November 23, 2011

Ganjaran RM 1 juta...

KEJAYAAN mempertahankan pingat emas bola sepak Sukan Sea di Indonesia malam kelmarin membolehkan skuad bawah 23 tahun negara kendalian Ong Kim Swee dikurniakan RM900,000.

Ganjaran hampir mencecah satu juta ringgit itu adalah kurniaan peribadi Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yang jelas gembira dengan kejayaan barisan pemain negara menewaskan Indonesia dalam aksi final sekali gus mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada edisi 2009.


“Setiap pemain (20 orang) dan pegawai pasukan (10 orang) menerima RM30,000 menerusi sumbangan peribadi Tuanku Presiden yang turut bertemu pemain semalam (malam kelmarin),” kata pengurus skuad Sukan Sea negara, Datuk Hamidin Mohd Amin, petang semalam.

Walaupun terpaksa menggunakan kereta perisai ‘barracuda’, barisan pemain negara dilapor mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Sultan Ahmad Shah di hotel penginapan Presiden FAM itu di Jakarta selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti dengan kedudukan terikat 1-1 tamat masa tambahan.


Ganjaran awal terbabit dilihat sebagai pembakar semangat bagi pemain muda negara bertemu Syria dalam perlawanan kelayakan Sukan Olimpik 2012 bertemu Syria malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil diikuti Bahrain pada Ahad.


Malah ganjaran lain turut menanti mereka dengan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan badan induk bola sepak negara itu masih mengkaji habuan buat skuad kendalian Kim Swee yang tidak tewas sepanjang saingan temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu.

Selain itu, skuad Olimpik negara juga dijadual menjalani latihan di Sydney, Australia selama dua minggu pada pertengahan bulan depan dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan menentang kelab elit negara itu.

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/articles/PresidenFAMkurniaganjaranRM900_000/Article

Tuesday, November 22, 2011

Sekadar Renungan...

Asma' binti Kharizah Fazari r. ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu,

"Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu.

Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik.

Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

Friday, June 10, 2011

Kita Lebih Memilih Cawan, Bukan Airnya!


SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: "Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! "Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!"

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain.. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan `keseronokan' atau terasa nikmat dengan pemberian itu.
# Kita terlalu banyak `komplen' dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah `kematian' itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.


Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak."

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.

"Bersahabat dengan penjual minyak wangi,
kita akan menerima percikkan wangiannya,
manakala bersahabat dengan tukang besi,
percikkan apinya akan mencarikkan baju kita." "

Friday, April 22, 2011

SOLAT SUNAT DHUHA DEKATKAN REZEKI


Oleh: Ustazah Hanisah Harun - (Sumber dari Mohamadazhan.Com)

Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : "Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Hadis-hadis diatas jelas menunjukkan tentang kelebihan solat sunat dhuha dan betapa besar ganjarannya apabila kita menunaikan solat sunat dhuha dan sentiasa beristiqamah dengan solat sunat ini. Tambahan pula Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaan mengenai solat sunat ini, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Waktu solat Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan iaitu dilewatkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat, lapan rakaat dan dua belas rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu.

Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud : ”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Lafaz niat :

"Usolli Sunnatal Dhuhaa Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar " Sahaja aku solat sunat duha dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Selepas membaca Al- Fatihah pada rakaat pertama digalakkan membaca surah As-Syams. Manakala Pada rakaat kedua selepas Al-Fatihah digalakkan juga membaca surah Ad-Duha. Semasa sujud akhir bacalah surah Ad-Duha 1 kali. Selepas memberi salam digalakkan membaca Doa Nabi Besar Kesayangan Kita s.a.w ini


"Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu ".

" Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh ."

Jom sahabat2 kita lakukan solat sunat ini dengan penuh keazaman dan istiqamah. Semua orang boleh cakap untuk berazam kan? Semua orang boleh cakap istiqamah kan? Senarailah sebanyak mana sekalipun azam kita. Satu hakikat yang pasti, semuanya bergantung kepada kekuatan diri kita untuk terus istiqamah dan berazam dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Mana mungkin kita dapat ganjaran yang ditawarkan oleh ALLAH tanpa usaha,azam dan istiqamah? Orang yang beristiqamah bermaksud seorang yang gigih tekun dan komited dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan sehingga tercapai matlamatnya.

Dalam konteks kehidupan sekarang, apapun yang kita lakukan ia menuntut kita agar beristiqamah untuk terus berjaya. Oleh itu haruslah kita aplikasikan konsep istiqamah ini dalam mengerjakan solat sunat dhuha agar kita mendapat ganjaran dan kelebihan yang ditawarkan oleh ALLAH SWT. Amin =)

Sukar bangun Subuh? Ini tips nya

Sesungguhnya segala puji-pujian hanya layak bagi Allah Azza Wajalla, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Antara suasana yang membimbangkan berlaku kepada kebanyakan umat Islam pada hari ini ialah gejala meninggalkan solat Subuh dan meninggalkan solat Subuh berjamaah di Masjid. Meskipun diketahui bahawa mengerjakan solat Subuh khususnya di Masjid secara berjamaah mempunyai kelebihan yang besar di sisi Islam dalam menjana kekuatan Iman namun kini ramai yang mengabaikannya. Malah di kalangan mereka yang mendokong perjuangan Islampun ramai yang kalah untuk bangun awal mengerjakan solat Subuh di Masjid.

Keadaan ini adalah berpunca dari sikap suka berjaga lewat malam samada kerana melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, bersukan, makan-makan dan berbual kosong dalam perkara yang tiada manfaat. Inilah yang selalunya menyebabkan umat Islam berjaga hingga lewat malam hingga menyebabkan mereka terlepas keberkatan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW di awal pagi. Jika kita lihat generasi umat Islam lampau mereka sangat mengambil berat soal tidur awal agar mereka dapat bangun lebih awal untuk melaksanakan ibadah dan seterusnya bekerja di awal pagi dengan perasaan yang segar dan sihat. Oleh kerana itulah kehidupan generasi lampau di kalangan datuk, nenek dan moyang kita sentiasa sihat dan bertenaga di siang hari. Jarang sekali kita dengar mereka ditimpa penyakit atau tekanan perasaan seperti yang berlaku pada ramai orang pada hari ini. Oleh kerana itulah Nabi SAW bersabda:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا

Ertinya: “Ya Allah! Berkatilah ummat ku diwaktu paginya”. Hadis riwayat Ahmad

Bagi membantu sahabat-sahabat untuk bangun awal diwaktu pagi supaya dapat bertahajjud, solat sunat dua rakaat sebelum subuh dan solat subuh berjamaah di Masjid, di sini dinukilkan beberapa kaedah yang sedikit-sebanyak dapat membantu.

Kaedah membantu diri untuk mudah bangun pagi ialah:

1) Tidur awal:

Menjadi kebiasan mereka yang tidur awal akan bangun awal dan sebaliknya mereka yang tidur lewat akan bangun lewat. Oleh kerana itu adalah makruh hukumnya tidur sebelum solat Isyak dan berbual-bual kosong dan membuang masa selepasnya hingga menyebabkan tidur lewat. Namun begitu ada keadaan yang dikecualikan untuk tidur lewat sepertimana yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi dalam huraiannya kepada Sahih Muslim. Katanya: Sebab dimakruhkan berbual-bual selepas solat Isyak ialah yang membawa kepada berjaga malam dan dibimbangi akan menyebabkan tertidur nyenyak hingga tertinggal qiamullail atau terlepas solat Subuh pada waktunya atau waktu yang afdhalnya dan adalah makruh berbual-bual selepas solat Isyak iaitu dalam perkara-perkara yang tiada kemaslahatan, adapun sekiranya pada perkara yang ada maslahat dan kebaikan maka tidaklah makruh, seperti mempelajari ilmu, membicarakan kisah orang-orang soleh, berbual dengan tetamu, berbual dengan dengan ahli keluarga bagi mengeratkan hubungan dan menunaikan keperluan mereka, berbual dengan orang musafir bagi menjaga harta dan diri mereka, berbual dalam urusan mendamaikan antara manusia dan membantu mereka dalam perkara kebaikan, menyeru kepada kebaiakan dan mencegah kemungkaran, menunjukkan kepada kemaslahatan dan yang seumpamanya, semua itu tidaklah termasuk dalam perkara makruh”.

Bagi seorang Muslim yang perihatin dia berjaga malam adalah kerana aktiviti perjuangan dan ibadah dan bukannya kerana perbuatan lagho, dan jika sekiranya dia lewat tidurpun dia tetap berusaha dan memastikan bangun awal untuk ke Masjid solat berjamaah subuh.

2) Memelihara adab tidur:

Kunci kedua untuk mudah bangun di waktu subuh ialah memelihara amalan sunnah ketika tidur di waktu malam. Iaitu dengan berwudhuk, ketika di atas pembaringan duduk sambil menghimpunkan kedua-dua belah telapak tangan dan meniupkan ke atasnya selepas membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas kemudian di sapu keseluruh badan dan tidur dengan membaca doa sebelum tidur. Bagi mereka yang sukar bangun pagi, hendaklah memohon bantuan daripada ahli keluarga, kawan atau jiran bagi membantu menggerakkannya untuk bangun di awal pagi atau menyediakan jam loceng. Bagi mereka yang sudah terbiasa bangun awal di waktu subuh selalunya tidak menjadi masalah untuk bangun awal kerana secara fitrah dia akan bangun pada masanya dan tidak perlu kepada faktor luaran untuk menggerakkannya kerana seolah-olah ia sentias dibantu oleh para Malaikat untuk bangun awal.

Kemudian setelah terjaga hendaklah membaca doa dan janganlah sekali-kali meneruskan tidur kerana ia akan membawa kepada terjaga lewat.

3) Memenuhkan dada dengan Iman dan ‘amal soleh:

Keimanan yang kuat adalah merupakan pendorong utama bagi seseorang melakukan sesuatu yang sukar. Mengerjakan qiamullail dan solat Subuh di Masjid adalah suatu amalan yang sukar dan ia tidak dapat dilakukan kecuali oleh mereka yang benar-benar yakin kepada janji kebaikan daripada Allah Taala. Justeru bagi meningkatkan keimanan dalam dada, seseorang itu hendaklah menambahkan amalannya dengan banyak melakukan kebaikan, kerana dengannya hati seseorang itu akan menjadi suci dan bersih yang memudahkan untuk suburnya Iman. Sebaliknya hati yang kotor akan menjadi keras dan kekerasan hati adalah menjadi penghalang kepada seseorang itu untuk melakukan amal ibadah yang sukar seperti solat Subuh berjamaah di Masjid dan qiamullail. Hati boleh menjadi keras kerana dikotori oleh sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, ujub dan riak atau disebabkan makan dari sumber yang tidak halal.

4) Menjauhi perbuatan maksiat:

Maksiat adalah penghalang bangun solat Subuh dan mengerjakannya di Masjid. Justeru hendaklah kita sentiasa menjauhi segala maksiat. Seperti yang berpunca daripada mata iaitu melihat perkara yang haram seperti melihat aurat wanita, samada melalui televisyen ataupun internet. Juga yang berpunca dari lidah iaitu perbuatan mengata orang, mengeji, mengumpat dan menabur fitnah. Juga yang berpunca dari telinga seperti mendengar hiburan-hiburan haram dan umpatan serta fitnah. Mereka yang melakukan maksiat selalunya sukar untuk bangun solat Subuh atau ke Masjid kerana ia melemahkan naluri beramal soleh dan menghakis keyakinan kepada janji-janji kebaikan daripada Allah Taala. Mata, lidah dan telinga sepatutnya digunakan bagi melihat, membaca dan mendengar perkara kebaikan seperti al-Quran, al-Hadis, ceramah dan lain-lain.

5) Mengetahui kelebihan solat Subuh dan fadhilat mengerjakannya di Masjid

Hendaklah mengetahui kelebihan dan keistimewaan amalan solat subuh dan mengerjakannya di Masjid kerana dengan mengetahuinya barulah seseorang itu terdorong untuk berlumba melakukannya. Saidina Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ

Ertinya: Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secra berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam”. Hadis riwayat Imam Muslim.

Ibnu Mas ‘ud r.a meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur di malam hari sehingga terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW bersabda:

ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنِهِ أَوْ أُذُنَيْهِ

Ertinya: Lelaki tersebut telah dikencing oleh syaitan di telinganya (atau kedua telinga). Hadis riwayat Imam Al-Bukhari.

Menurut Imam Al-Qurtubi kencing syaitan adalah kencing yang hakiki dan bukan hanya simbolik. Sebab itu ada kalanya kita boleh kenal mereka yang tidak solat Subuh kerana wajahnya yang suram akibat dari kencing syaitan, berbeza dengan merek yang bangun solat Subuh di awal pagi.

Kebesaran dan keagungan solat Subuh berjamaah di Masjid hendaklah dimasukkan ke dalam hati kerana ia akan menangkis bisikan syaitan yang selalu membisikkan rasa ringan meninggalkannya. Bagi para ulama dan ustaz pula hendaklah menanamkan rasa malu dan bersalah yang amat sangat jika tidak hadir solat Subuh berjamaah kerana dia adalah contoh ikutan orang awam.

6) Mengetahui kesan meninggalkan solat subuh@solat berjamaah subuh.

Antara punca jiwa menjadi lemah dan hilangnya banyak daripada kelebihan agama dan dunia ialah bangun lewat dan meninggalkan fardhu subuh. Oleh kerana itulah syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu subuh dengan menghalangnya daripada bangun tidur. Nabi SAW bersabda: ((Syaitan mengikat/membelenggu tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata) : Malam masih panjang, teruskan tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka terungkailah satu iakatan, jika dia berwudhuk terungkailah ikatan berikutnya dan jika dia solat maka terungkailah semua ikatan. Maka pagi itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jelek dan malas)). HR Al-Bukhari.

Waktu selepas solat Subuh adalah waktu yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan, justeru Nabi SAW memelihara waktu tersebut iaitu memenuhkannya dengan zikir dan baginda selalunya selepas subuh terus duduk sambil berzikir sehinggalah terbit matahari, dan kemudian baginda solat dua rakaat Dhuha.

Amalan ini menjadi ikutan para ulama salafussoleh, antaranya ialah Imam Ibnu Taimiyyah yang turut melakukan amalan duduk berzikir selepas solat Subuh sehingga terbit matahari sepertimana yang dikhabarkan oleh muridnya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah.

Waktu selepas solat Subuh adalah saat banyaknya kebaikan dan keberkatan, kerana itulah Nabi SAW berdoa:

((اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِيْ فِيْ بُكُوْرِهَا))

Maksudnya: Ya Allah berkatilah ummatku di waktu pagi! HR Al-Tirmizi.

Oleh sebab itu kita lihat mereka yang berjaya dalam urusan dunia mereka seperti berniaga, menternak atau bertani memulakan kerja mereka di awal pagi kerana rezki terbuka luas di waktu tersebut. Begitulah juga dalam urusan akhirat waktu pagi adalah saat yang paling baik menambahkan amal ibadah. Oleh itu mereka yang mengsia-siakan waktu tersebut dengan tidur atau berehat-rehat sahaja sebenarnya telah mendapat kerugian dalam hidup mereka.

Di samping kelebihan dalam kerja dan ibadah, mereka yang bangun awal juga mendapat kebaikan dari sudut kesihatan kerana udara yang dihirup di waktu subuh adalah udara yang segar dan akan hilang kesegarannya apabila terbitnya matahari. Kesegaran udara di waktu pagi ini akan mencerdaskan otak, mendamaikan jiwa dan mencergasan fizikal.

7) Menjauhi sifat-sifat munafiq.

Kehadiran diri ke Masjid di waktu subuh adalah merupakan bukti kekuatan iman seseorang Muslim dan bebasnya diri dari sifat minafiq kerana ia adalah waktu paling sukar untuk melaksanakan ketaatan. Rasulullah SAW bersabda:

((إِنَّ أَثْقَلَ الصَّلَاةَ عَلَى المـُـنَافِقِيْنَ صَلَاةُالعِشَاءِ وَالفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِيْهِمَا لَأَتَوهُمَا وَلَوْ حَبْوًا))

Maksudnya: (( Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak)) HR Al-Bukhari dan Muslim.

Abdullah bin Mas ‘ud r.a berkata: “Engkau telah melihat kami dan tidak meninggalkannya (solat Subuh) melainkan munafiq yang dimaklumi sifat nifaqnya”. Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasai dan Ibnu Majah.

Ibnu Umar r.a pula berkata: “Apabila kami dapati ada lelaki yang tidak hadir solat (di Masjid) pada waktu fajar (Subuh) dan Isyak kami akan berburuk sangka terhadapnya”. Riwayat Al-Bazzar, Al-Tobrani dan Ibnu Khuzaimah.

Oleh itu jika anda mahu mengukur secara zahir iman seseorang maka ia boleh diukur dengan keadaan solat Subuhnya. Jika dia seorang yang sangat memelihara solat Subuh dan melaksanakannya secara berjamaah di Masjid maka ia menjadi bukti kepada kekuatan imannya. Namun jika sebaliknya, dia sangat malas berjamaah di Masjid waktu subuh maka itu adalah petanda imannya yang bermasalah serta kekerasan hatinya. Ia juga menunjukkan ketundukannya kepada hawa nafsu dan kekalahannya kepada bisikan syaitan. Seseorang yang mampu bangun untuk pergi berjamaah di waktu Subuh adalah bukti kekuatan iman seseorang kerana dia telah menang dalam peperangan dengan hawa nafsu dan hasutan syaitan supaya terus tidur.

Bagi mereka yang terus tidur, apakah mereka berasa lebih seronok diulit mimpi di atas katil sedangkan ahli jamaah yang lain sedang beribadah dan mendengar bacaan Al-Quran di dalam solat di Masjid. Adalah menjadi satu kerugian yang besar bagi mereka yang tidak merasakan apa-apa kekurangan pada diri mereka sedangkan mereka terus jauh dari rahmat Allah Taala di waktu pagi.

Saturday, April 16, 2011

doa banyak hutang..

aku terjumpa di salah satu blog yang aku layari.. bolehlah cuba.. moga Allah merahmati kita semua..

Monday, April 4, 2011

Pesanan Buat Si Dia...


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya.. Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cinta NYA Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa Tolong nasihatkan si dia, jangan menyi...ntaiku lebih dpd dia mencinta Yang Maha Esa Tolong nasihatkan si dia, jangan mengingatiku lebih dpd dia mengingati Yang Maha Perkasa Tolong nasihatkan si dia, jgn mendoakanku lebih dpd dia mendoakan kedua ibu bapanya Tolong katakan pada si dia, Utamakan Allah kerana di situ ada Syurga Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di situ ada redha Allah Tolong sedarkan si dia, Aku Milik Tuhan Yang Maha Kuasa Tolong sedarkan si dia, Aku masih punya keluarga Tolong sedarkan si dia, dia ada tanggungjawab besar kepada keluarganya Tolong pesan pada si dia, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya Tolong pesan pada si dia, aku tidak mahu menjadi penyebab kegagalannya Tolong pesan pada si dia, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakannya Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya di dalam perjuangannya Tolong khabarkan pada si dia, tiada sia-sia menjadi penagih cinta ilahi Tolong sampaikan pada si dia, aku mendamba cinta suci yang terjaga Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan Yang Maha Pengasih Tolong sampaikan pada si dia, kerana aku tak mampu memberitahunya sendiri... Hanya Engkau Ya ALLAH, yang mengetahui siapa si dia... Moga pesananku ini sampai kepada si dia walau aku sendiri tidak tahu di mana si dia berada.. Semoga Allah meredhai.. See More
By: MENCARI REDHA ALLAH
p/s : aku ambil dari wall salah seorang friend FB aku.. bermadah untuk melepaskan keboringan... hua hua...

Tuesday, March 8, 2011

Ikan Patin Masak Tempoyak Ala Temerloh


Bahan-Bahan:
Bahan-Bahan utama:
Satu ekor ikin patin (patin sangkar)
(ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam)
2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
20 biji cili api (ditumbuk halus)
2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi)
1 biji timun cina (dipotong dadu)
2 ikat daun kesum
2 ikat bunga kantan
sedikit asam keping
3 cawan air (ikut kepekatan)
garam (ikut rasa)
gula (kalau agak terlalu pedas)

Cara:
ikan dibersihkan dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan,kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi masukkan kedalam periuk yang diletakkan air gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan, masukan bunga kantan, daun kesum dan timun cina tadi, sambil itu masukakn garam, jangan terlampau masin, kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit.

Cadangan Hidangan:
sedap dimakan panas dengan nasi putih, amat menyelerakan, resepi ibu saya sendiri.selamat mencuba

Tambahan:
tempoyak biarlah yang 5 hari diperam baru sedap

Monday, March 7, 2011

Ikan Singgang

Kiriman: Ummi Hani
Sumber: Resipi tradisi Terengganu.

Bahan-Bahan:
2 ekor Ikan kembung / 1 keping tenggiri
4/5 ulas bawang putih,
2 biji Lada hidup / 6 biji cili padi
4 keping asam keping (saiz sederhana)
1 inci Lengkuas
1 cm Kunyit
Garam
( sukatan bahan adalah mengikut citarasa )
Cara:
Ikan dibersihkan tanpa perlu dikelar.
Bawang boleh dihiris dua atau dimasukkan sebiji-sebiji. Begitu juga lada hidup, asam keping dan kunyit. Lengkuas diketuk sedikit.
Sediakan periuk yang sesuai dengan saiz ikan. Masukkan air dan campurkan semua bahan-bahan tadi. Kemudian bolehlah dimasukkan garam. Tunggu sehingga ikan masak dan tutup api dan hidangkan.
Cadangan Hidangan:
Ikan singgang lebih sedap dimakan jika disertakan dengan ulam timun batang kecil beserta sambal belacan, tempoyak atau budu.

Wednesday, February 23, 2011

Hikmah untuk diri...

Kekuatan kita bukan bergantung pada bilangan tetapi ianya lebih kepada semangat orang yang memperjuangkannya..

Tuesday, February 22, 2011

Adakah Old Town White Coffee Kopitiam halal?


Assalamualaikum pembaca2 sekalian,

Kini sudah jelas terpampang di dada media massa bahawa Old Town White Coffee Kopitiam tidak mempunyai sijil halal. Telah jelas juga dihebohkan bahawa hanya 2 kopitiam yang mempunyai sijil halal iaitu Jonker Walk Kopitiam Sdn. Bhd. dan Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd. Maklumat ini akan diperolehi sekiranya kopitiam dicari di direktori halal.

Walaupun demikian, logo halal masih digunakan oleh Old Town White Coffee Kopitiam. Ini menyebabkan kekeliruan di pihak pengguna. Jadi, bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku?

Carian di direktori halal JAKIM memang tidak akan memaparkan Old Town White Coffee Kopitiam sebagai halal. Walaubagaimanapun, Old Town White Coffee Kopitiam didaftarkan di bawah syarikat White Cafe Sdn. Bhd. Jika carian dilakukan, keputusan berikut akan diperolehi:


(klik gambar untuk senarai penuh)

Old Town White Coffee ada dalam senarai halal JAKIM. Jadi, apakah yang digembar-gemburkan sekarang ini yang Old Town White Coffee Kopitiam tidak halal?

Sebenarnya, senarai tadi tidak lengkap kerana tidak menyenaraikan secara penuh produk2 yang halal. Jika diteliti sijil halal yang didapati di website Old Town White Coffee http://www.oldtown.com.my/, produk2 yang disenaraikan sebagai halal terdiri daripada sebahagian minuman yang disajikan di Old Town White Coffee Kopitiam. Sijil tersebut boleh dilihat di website itu di tab "Our BUSINESS" di bahagian "Our Laurels". Ini adalah gambarnya:



(klik untuk gambar penuh)

Daripada maklumat ini, logo halal JAKIM yang digunakan pada iklan2nya adalah bersandarkan kepada sijil ini.

Sebagai pengguna muslim, perkara ini boleh dilihat sebagai satu helah untuk menarik pelanggan2 yang beragama islam menjamu selera di restoran berkenaan. Lantaran itu, kita seharusnya lebih berhati-hati dalam memilih tempat menjamu selera.

Kesimpulannya, Old Town White Coffee Kopitiam hanya mempunyai sijil halal untuk minuman sahaja. Pengguna2 muslim seharusnya memilih tempat yang lebih sesuai iaitu restoran2 yang mempunyai sijil halal untuk semua minuman dan makanan yang disajikan.

Sentiasa mencari yang halal..
dipetik dari www.jurnalhalal.com

Monday, February 21, 2011

Kluang Station Coffee

I'm sure many of you have at least seen the Kluang Station outlet, currently available in places like 1 Utama (New Wing) and Ikano Power Centre. Ever wondered the origins of this outlet? Do you know where Kluang is? Read on to find out more!


Toast and Coffee

Background

Both of my parents born and grew up in Kluang. My late paternal grandfather was the headmaster of a boys school. During my younger days, I would go to Kluang during the school holidays to visit my paternal grandmother as well as my cousins, who are about the same age as me. Our relatives would often take us to the Kluang Station, usually to have our breakfast although they are open other times of the day. Nowadays, I will usually go back to Kluang during Chinese New Year and to celebrate my grandmother's birthday.

About Kluang

Kluang is located right in the centre of Johor. Kluang is from the Malay word "keluang", meaning flying fox. Kluang was founded in 1915 to serve as the administrative capital of central Johor. The main railway line passed through Kluang, and that helped with the development. The line separates the town with other parts of Kluang. In the old days, there used to be only one way to town. Whenever a train is approaching, the crossing is closed and all the vehicles had to wait for the train to pass. The gate used to be manually operated, but now it is done mechanically. During the 80's and early 90's, Kluang is pretty much a quiet town. I remember walking to and from town, with barely any traffic. Since the mid 90's, Kluang has gone through a lot of development. However, one thing didn't change, and that was the Kluang Station Coffee.

Kluang Station Coffee

The Kluang Station coffee is the canteen of the railway station. This station is actually a major stop, meaning all trains, including express trains, stop at this station. It now goes by the name of "Kluang Station RailCoffee". According to the Kluang Station franchise website, it started operating in 1938. It is now operated by the 3rd generation of the Lim family.

Unlike the franchise which serves dishes like Chicken Chop, Laksa, Porride, Nasi Ayam Merah and other, there isn't actually much to eat here. The dishes that you can get here are charcoal-grilled toast (bread or bun), half-boiled eggs, packed nasi lemak and mee siam, curry-puff, and of course, the coffee.

They are known for its toast, where they grill in on charcoal. It doesn't taste the same as those oven-toasted toast. I remember at one time, they used oven to toast their bread. It didn't taste the same, and they went back to charcoal. They used real butter (unlike some places which uses marjerin). The kaya is made with the finest ingredients. Just look at the picture below and I'm sure you'll start drooling.


Toast with Butter and Kaya


Grilled on Charcoal

The coffee is 100% local and roasted with butter. The nasi lemak is also legendary. In the old days, you have to go really early to get a pack of their nasi lemak. They would deliver in cycles. Whenever the new stock arrive, everybody would go and grab as many as they can. I'm not sure if the nasi lemak today is the same as the one last time, but it definitely still taste good. The sambal is still pedas as ever. However, it comes pretty plain, with only the nasi and sambal. It does not have timun or egg to go with it.

The setting is still pretty much the same with the old tables and fan. If you happen to drop by Kluang, you must drop by the station to have a meal. If you're taking the train and it stops in Kluang, you might have enough time to pack some coffee, although I would like to warn you that the train stops for a minute only.

Sunday, February 13, 2011

Mata Siapa Yang Tidak Pernah Menangis?

Mata Siapa Yang Tidak Pernah Menangis?
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".
"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang ....

Saturday, February 12, 2011

Kerana Seekor Ikan

Kerana Seekor Ikan

Ada seorang pemancing tua seringkali berulang alik dari rumahnya ke sebuah sungai di hujung kampungnya. Di situlah dia, hampir setiap hari mencari sesuap rezeki. Walau pun begitu sehari mengail belum tentu mendapat hasil. Itulah jerih perit dia dalam usaha menyara kehiduan keluarganya. Adakala langsung tidak memperolehi apa-apa hasil tangkapan pun. Pulanglah dia dengan dihambat rasa kecewa apatah lagi untuk menatap wajah anak dan isteri di rumah.

Di suatu hari, ketika sedang memancing , dia merasakan kailnya disentap ikan. Bukan kepalang gembira hatinya, dengan penuh semangat dia menyentap kailnya dan berjaya mendapat seekor ikan yang cukup besar. Namun tanpa dia sangka tiba-tiba datang pula seorang pemuda kampung yang kaya tetapi buruk akhlaknya dan tanpa sedikit pun rasa belas kasihan terus merampas ikan besar tersebut.. Pemancing tua merayu dengan penuh harap, sekurang-kurangnya memberinya separuh ikan itu untuk santapan anak isterinya, tetapi langsung tidak dipedulikan. Merasakan usahanya merayu tidak mendatangkan hasill akhirnya dia mengangkat tangan dan berdoa ke hadrat Allah:

"Ya Allah, mengapa Engkau ciptakan akus ebagai orang yang lemah dan Engkau ciptakan orang lain lebih kuat dan gagah sehingga dia sesuka hatinya merampas hak milikku? Ya Allah, ciptakanlah makhluk yang lebih kuat darinya ya Allah. Kalahkan dia agar menjadi iktibar buat semua," doanya dengan penuh khusyuk dan mengharap.

Walau mendengar doa tersebut, ia langsung tidak mendatangkan rasa takut di hati pemuda kampung tersebut, dia tetap merampas ikan tersebut dan membawa pulang ke rumah.

Di rumah, dia mulai menyiapkan ikan tersebut, dia sudah tidak sabar lagi menikmati kemanisan ikan tersebut. Setelah siap dia bersila di hadapan hidangan dan mula mencubit isi ikan berkenaan.. Tetapi malang baginya, ketika dia mencubit isi ikan tersebut, tiba-tiba tangannya tercucuk tulang ikan berkenaan. Rasanya sungguh tajam dan amat perit. Hajatnya untuk menikmati ikan itu terus terbantut kerana terlalu sakit.

Hari demi hari tangannya yang tercucuk tulang itu semakin terasa sakit, membengkak dan bernanah. Berbagai usaha telah dilakukan namun tidak memberi apa-apa kesan, hingga akhirnya doktor menyarankan agar tangannya dipotong untuk mengelakkan kuman terus berjangkit ke bahagian lengan. Dia merasa terlalu susah hati mengenangkan hal tersebut, menjadi rungsing dan sering tidak dapat tidur.

Pada suatu malam dia mendapat mimpi seolah-olah mendengar suara menyuruhnya memulangkan hak orang yang dirampasnya, berulangkali. Dia tersedar dari tidur dan memikirkan apakah maksud mimpi itu. Dia akhirnya teringat ikan yang telah dirampas dari pemancing tua di sungai tempohari. Jelas terbayang di ruangan matanya bagaimana wajah pemancing tersebut serta suaranya yang merayu penuh harap. Timbul rasa bersalah yang teramat sangat yang selama ini tidak disedarinya. Dia bertekad untuk menemui pemancing tersebut.

Dengan membuang perasaan malu dan penuh rendah diri, dia pergi menemui pemancing berkenaan, setelah memohon maaf dia turut membayar sebanyak sepuluh ribu dirham sebagai gantirugi terhadap seekor ikan yang pernah dirampasnya. Pemancing tersebut sudi memaafkan lelaki berkenaan. Dia merasa lega, dan rasa bersalah yang begitu menghantuinya dirasakan telah hilang.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, sejak itu tangannya semakin sembuh dan dia mula berubah nenjadi seorang pemuda yang berakhlak.

Monday, February 7, 2011

Susahnya untuk beristiqamah..

sekejap ada sekejap tiada.. sekejap kuat sekejap dok rok.. sekejap semangat.. sekejap dok rok cetong.. begitulah feel manusia.. cukup sukar untuk mengekalkan apa yang seharusnya dikekalkan. aku pun begitu jua. semangat berkobar-kobar nak berblog. hampeh. seminggu baru boleh menulis. idea banyak tapi susah sungguh tangan ini untuk meluahkan idea itu sebagai karangan. lemahnya aku.. walaubagaimanapun aku amat percaya, sekiranya aku berusaha bersungguh-sungguh nescaya apa yang aku ingini ini akan tercapai. ya Allah kuatkan semangatku.. lebih-lebih lagi dalam menempuhi kehidupan yang haru biru ini..

Thursday, January 27, 2011

Marilah membaca.

Aku terfikir pasal membaca ni, ketika khatib sedang berkhutbah tadi. Nak buat macamana, iman senipis bawang, khatib baca mende lain aku berangan mende lain. Yang membuatkan aku terfikir pasal membaca ni kerana, aku terfikir, sekali seminggu kita diwajibkan oleh Allah, untuk ke masjid sembahyang jumaat. Dan antara rukun sembahyang jumaat itu ialah khutbah. Nak bagitahunya bahawa Allah taala ingin hambanya sekurang-kurangnya seminggu sekali menuntut ilmu. Itulah pentingnya ilmu.
Ayat quran pertama pun berbunyi Iqra iaitu yang bermaksud bacalah. Sebelum nabi s.a.w ditugaskan buat apa-apa pasal Islam perkara pertama yang disuruh ialah membaca. Berbalik kepada kita. Sejauh mana seriusnya kita membaca. Mungkin ramai yang membaca suratkhabar. Ramai jugak yang membaca majalah, khususnya majalah yang bersifat hiburan.
Kita khususnya masyarakat melayu agak malas membaca. Aku tidaklah dapat untuk memberikan angka-angka sejauh mana peratusan ataupun bilangan bacaan oleh masyarakat kita ni. Cumanya, seringkali kita mendengar kenyataan dari sarjana-sarjana atau orang yang cerdik pandai yang memberikan pandangan mereka bahawa masyarakat kita amatlah malas membaca.
Disini aku bukan nak membebel pasal kemalasan orang kita membaca, cumanya ingin menyerulah mengapa kita amatlah malas membaca. Sedangkan untuk kita membaca tidaklah perlu ke kedai buku atau perpustakaan. Di dalam internet ini macam-macam jenis bacaan yang boleh kita baca. Bagi yang bersemangat lebih boleh print dan boleh bagi kawan-kawan sama-sama membaca.
Oleh itu, jom kita pakat kempen membaca. Tamadun sesebuah bangsa akan lebih cemerlang sekiranya bangsa itu berilmu dan ilmu itu hadir dengan kerajinan bangsa tersebut membaca.

Monday, January 24, 2011

Nuffnang

hari ni aku cuba register nuffnang, satu web pemasaran. sebab aku register, adalah kerana terpengaruh dengan paper kelmarin dulu. ramai bloggers dapat menjana pendapatan dengan pengiklanan melalui blog. so.. aku cubalah, mana tahu tuah ayam nampak di kaki tuah aku ada dalam blog ni. tak cuba kita tak tahu. yang penting cuba. semangat jangan tak semangat bro..

Friday, January 21, 2011

Usaha Tangga Kejayaan

1) Kita seringkali terfikir macam mana orang lain boleh berjaya sedangkan kita masih sebegini. Sebab asyik fikir je, pastu berangan, tiada usaha ke arah itu.

2) Kita, khususnya orang melayu cukup suka bertangguh kerja.

3) Kita, sebagai orang yang dilahirkan berbangsa melayu suka sangat lepak kat kedai kopi. Sebab tu ramai yang buka kedai kopi. Buka bisnes lain banyak lingkup.

4) Kalaulah 3 perkara di atas boleh diubah untuk jangka waktu yang terdekat ini, kita boleh tengok hasilnya. Cuba dan cuba.. Allah taala yang akan memakbulkan..

Thursday, January 20, 2011

Tenang yang akan tak berapa tenang.

Salam perjuangan..

1) 22/1/2011 hari penamaan calon bg PRK Dun Tenang. Aku tak tahu lagi nak pergi atau tak. Rasa hati memanglah nak pergi, tapi kena pikir banyak kali jugak memandangkan barang-barang banyak sangat naik sekarang ni. Budget dah tak macam dulu lagi. Esok aku akan buat keputusan. Biasanya memang last minit sokmo. Tunggu petunjuk daripada langit.

2) Kedua-dua calon daripada kedua-dua belah pihak telah diumumkan. Tengok daripada air muka calon PAS lebih berseri. Bukan kerana dia tu perempuan tetapi memang ada cahaya @ 'NUR' pada wajahnya. Kalau tengok calon BN macam dok berapa siap je muka. Hehe.. jangan marah.. ini pandangan peribadi gua beb.

3) Rasa-rasa dihati ini untuk PAS menang pada PRK ini macam sesuatu yang agak mustahil. BN pastinya akan berusaha seberapa daya sehabis harta untuk mempastikan kemenangan yang sudah akan berkekalan. Cumanya kalau di pihak PAS berjaya mengurangkan majoriti pastinya ianya merupakan kemenangan moral kepada PR. I hope so..

Kembali..

fuhh.. lame betul dok buka blog ni.. lepas2 ni.. aku akan cuba berblog kembali..

p/s : ya Allah kuatkanlah semangatku..