Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010..

tahun baru azam baru.. begitulah kita.. tapi azam hak tahun lepas tertunai atau tidak wallaua'lam.. kita boleh merancang.. kita jugak boleh bercita-cita.. akan tetapi.. perancangan dan cita-cita tersebut boleh direalisasikan atau tidak memerlukan kesungguhan dan disiplin yang tinggi..

zaman sekarang.. semakin ramai orang yang hebat berkata-kata.. pandai bersyarah.. khususnya di kedai-kedai kopi.. manusia khususnya yang bernama melayu.. dibuai oleh kehebatan bersyarah.. mengatakan ini tak betul itu tak betul.. tetapi.. adakah kita berusaha untuk membetulkan apa yang tidak betul itu.. sekarang bukan masa untuk berbahas apa yang tidak betul.. marilah kita sama-sama membetulkan apa yang tidak betul itu.. kuatkan semangat untuk bekerja.. disiplinkan diri.. biar bangsa kita maju dan berjaya.. jangan diperlekeh oleh orang.. melayu hanya berjaya kerana subsidi @ bantuan daripada kerajaan sahaja.. buktikan kita orang melayu yang beragama islam ini.. adalah peneraju dalam segala segi.. mereka boleh.. mengapa kita tidak boleh??

Tuesday, December 29, 2009

Anugerah Allah..

Alhamdulillah selamat dilahirkan jam 2.25 petang pada 27/12/2009..

Wednesday, December 23, 2009

Sumpah mat said

salam..

amacam.. percaya atau tidak. Seorang MB terpaksa bersumpah kerana didesak oleh kawan-kawan dari parti dia sendiri untuk menidakkan tuduhan-tuduhan yang bersifat rasuah. Macam-macam tuduhan, tetapi yang paling glamer.. pasal pembahagian kurma. Cerita pasal kurma & air zam-zam ni telah lama kedengaran. Macam-macam cerita, tetapi banyak yang lawaklah. Dek kerana kurma ni, niat baik seorang MB telah disalah anggap. 7 juta lebih duit rakyat dibelanjakan. Terengganu memang negeri kaya. Puak-puak yang melawan ni sebenarnya kerana projek kurma tu dokleh ke dia. Mat said dok wi. Aku dengar-dengar cerita, bukan setakat projek kurma je dokleh. Banyak lagi projek-projek lain yang mat said dok wi. Tu yang mengamuk sakan.

Terpaksalah seorang MB.. tidak pernah aku lihat sebelum ini bersumpah.. Wallahi.. Wabillahi.. Watallahi.. projek-projek tersebut.. semuanya telus.. tidak ada rasuah.. sehinggakan seorang tua menangis kerana terharu dek kerana tidak pernah makan kurma nabi.. katanya.. itulah cerita seorang menteri besar di sebuah negeri atas angin... wallahua'lam bissawabbb...

Ceramah

Ceramah Umum Sempena Komited

Penceramah :
1) Ybhg. Al Fadhil Ust Nasrudin Hassan Tantawi
2) YB. Hj. Mohd Abdul Wahid bin Hj. Endut
3) Ybhg. Mohd Suhaimi Saad
4) YB. Ust. Mohd Nor bin Hamzah

Tarikh : 25-12-2009
Tempat : Pasar Cabang 3, Kuala Terengganu.
Masa : 9.15 malam.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Tuesday, December 22, 2009

Broadband tak bayar..

Salam..

agak lama aku tidak mengupdate blog ni.. minggu lepas nun g KL.. minggu ni sibuk.. kedua-dua buah hati aku sakit.. cirit + muntah2. Letih nak melayan.. nak buat camane tanggungjawab sebagai seorang Abi nak tak nak kena laksanakan.

broadband pulak, takdok warning langsung.. potong je tahu dia.. bil dok sapa.. baru hari ni berkesempatan untuk g bayar.. rohok betul..

bila dah lama tak melayari internet.. ada jugak rasa gian dia.. nak membaca.. nak menulis pun ada.. walaupun aku ni bukan jenis penulis.. SPM pun bahasa melayu setakat kredit je.. aku bukan dilahirkan sebagai penulis..

hari ni.. hari kedua sidang Dun Terengganu.. aku dak sedar langsung pasal perkara ni.. semalam tengok Tv nampak Yb lias tgh bertikam lidah ngan menteri besarku.. terkejut gak.. sebelum belum ni awok2 kita hak berlawan.. nampak gayanya tidak pernah aku lihat sebelum ini awak2 dia sama sendiri berlawan.. kuasa Allah taala..

nampak gayanya mat said dok senang duduk.. harap2 sultan masih memperkenankan beliau.. walaubagaimanapun.. kita tunggu dan lihat.. sama2 berdoa.. biar pecah mereka semua.. yang rapat dan bertangkup awok2 kitalah..