Wednesday, December 23, 2009

Sumpah mat said

salam..

amacam.. percaya atau tidak. Seorang MB terpaksa bersumpah kerana didesak oleh kawan-kawan dari parti dia sendiri untuk menidakkan tuduhan-tuduhan yang bersifat rasuah. Macam-macam tuduhan, tetapi yang paling glamer.. pasal pembahagian kurma. Cerita pasal kurma & air zam-zam ni telah lama kedengaran. Macam-macam cerita, tetapi banyak yang lawaklah. Dek kerana kurma ni, niat baik seorang MB telah disalah anggap. 7 juta lebih duit rakyat dibelanjakan. Terengganu memang negeri kaya. Puak-puak yang melawan ni sebenarnya kerana projek kurma tu dokleh ke dia. Mat said dok wi. Aku dengar-dengar cerita, bukan setakat projek kurma je dokleh. Banyak lagi projek-projek lain yang mat said dok wi. Tu yang mengamuk sakan.

Terpaksalah seorang MB.. tidak pernah aku lihat sebelum ini bersumpah.. Wallahi.. Wabillahi.. Watallahi.. projek-projek tersebut.. semuanya telus.. tidak ada rasuah.. sehinggakan seorang tua menangis kerana terharu dek kerana tidak pernah makan kurma nabi.. katanya.. itulah cerita seorang menteri besar di sebuah negeri atas angin... wallahua'lam bissawabbb...

No comments:

Post a Comment