Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010..

tahun baru azam baru.. begitulah kita.. tapi azam hak tahun lepas tertunai atau tidak wallaua'lam.. kita boleh merancang.. kita jugak boleh bercita-cita.. akan tetapi.. perancangan dan cita-cita tersebut boleh direalisasikan atau tidak memerlukan kesungguhan dan disiplin yang tinggi..

zaman sekarang.. semakin ramai orang yang hebat berkata-kata.. pandai bersyarah.. khususnya di kedai-kedai kopi.. manusia khususnya yang bernama melayu.. dibuai oleh kehebatan bersyarah.. mengatakan ini tak betul itu tak betul.. tetapi.. adakah kita berusaha untuk membetulkan apa yang tidak betul itu.. sekarang bukan masa untuk berbahas apa yang tidak betul.. marilah kita sama-sama membetulkan apa yang tidak betul itu.. kuatkan semangat untuk bekerja.. disiplinkan diri.. biar bangsa kita maju dan berjaya.. jangan diperlekeh oleh orang.. melayu hanya berjaya kerana subsidi @ bantuan daripada kerajaan sahaja.. buktikan kita orang melayu yang beragama islam ini.. adalah peneraju dalam segala segi.. mereka boleh.. mengapa kita tidak boleh??

No comments:

Post a Comment