Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Tiada perkataan yang boleh kukatakan
tiada gambaran yang boleh kulukiskan

hanyalah..
terima kasih cikgu..
jasamu.. pengorbananmu... tidak ternilai..
akan ku ingat sampai bila2..

SKC,SKP,SMSA,SMTT

Friday, April 23, 2010

P094 Hulu Selangor..

Insya'Allah pagi esok dalam pkl 8 lebih aku dan kawan2 akan bertolak ke Hulu selangor. bekerja atau tidak itu cerita lain.. yang pastinya kaki mesti dijejakkan ke sana.. setakat ni sejak pilihanraya kecil acapkali terpaksa diadakan aku hanya miss beberapa sahaja.. banyak yang aku tak miss.. semangat perjuangan (hehehe.. jgn suka awang sopi).. dan esok sekali akan sampai ke hulu selangor untuk meramaikan orang sekurang-kurangnya.. hati kecil aku berdetik.. PR agak sukar untuk menang.. tapi aku yakin kuasa Allah Taala melangkaui segala-gala.. tgk Buletin utama tadi.. bukan setakat TPM malahan PM sendiri berkampung di sana.. menunjukkan confident diorang dengan suasana yang memungkinkan kemenangan berpihak kepada mereka.. kalau tak malu ah PM..

PR.. aku tak tahu sejauh mana usaha dan kerja yang dilakukan.. harap2 masih maintain seperti p/raya2 kecil yang lalu.. mana2 pihak yang bertanding pasti dahagakan kemenangan.. pasti menggunakan pelbagai strategi dan cara untuk menang.. Islam tetap menang.. Insya'Allah..

usaha tangga kejayaan..

Wednesday, April 21, 2010

P094 Hulu Selangor..

Saya tahu ia bukan tugas mudah. Tetapi, jika saya berada dalam situasi pengundi di Hulu Selangor, saya akan mengundi Datuk Zaid Ibrahim. Saya mempunyai beberapa sebab untuk mengundi beliau antaranya:

1. Pengetahuan dan Pengalaman

Datuk Zaid Ibrahim adalah antara generasi besar di era perjuangan mahasiswa tahun 1970-an. Beliau akhirnya menjadi seorang pengamal undang-undang yang cukup dikenali. Firma guamannya, Zaid Ibrahim & Co (atau singkatannya ZICO) adalah firman guaman terbesar di Malaysia dan dikenali bukan sahaja di Malaysia.

Saya masih ingat ketika menatap majalah Dewan Masyarakat akhir tahun 1980-an dan awal 1990-an, beliau mempunyai kolum khas mendidik masyarakat berkaitan isu-isu perundangan.

Selain daripada dunia perundangan dan politik, beliau juga mewakafkan sebahagian hartanya untuk membantu golongan kurang upaya (OKU) melalui Yayasan Masa Depan Saya (MyFuture Foundation) yang ditubuhkannya.

2. Sederhana

Datuk Zaid mungkin dianggap kaya oleh sesetengah pihak. Itu dari segi material. Saya menganggap Datuk Zaid seorang yang sederhana dari segi jiwanya.

Saya suka mendengar jawapan jujur Datuk Zaid meskipun peribadinya diserang hebat oleh mereka yang mahu melihat beliau tewas - sama ada pihak luar atau elemen dalam parti sendiri.

Saya memang tidak mengharapkan seorang pemimpin yang sempurna dan hebat sehingga akhirnya mereka menentukan semuanya bagi pihak diri saya sendiri. Saya melihat Datuk Zaid seorang yang memahami falsafah 'kebebasan dengan disiplin yang wajar'.

3. Berani mengambil risiko

Datuk Zaid berani berhenti daripada menjadi Menteri dan kemudian keluar daripada BN ketika mereka di puncak kuasa. Saya suka pendirian beliau yang disuarakan secara terbuka meskipun bukanlah di luar pengetahuan beliau bahawa pendirian yang diambil itu tidak dialukan. '

Saya berpendapat bahawa beliau menganggap menang atau kalah tidak ada hubung-kait dengan persoalan material kerana tentulah lebih selesa untuk beliau kekal tidak berparti dan hidup menikmati kekayaan material yang beliau ada berbanding sibuk menguruskan parti dan hal-hal politik yang tidak habis, apatah lagi bersama parti pembangkang.

4. Menguatkan institusi demokrasi iaitu Parlimen

Datuk Zaid Ibrahim boleh menguatkan institusi demokrasi iaitu Parlimen bersandarkan kepada latar belakang guaman, pengalaman dan pengetahuan politik yang beliau ada.

Menguatkan institusi demokrasi di Malaysia adalah satu tugas penting yang perlu disebar-luas kepada seluruh warganegara kerana semangat demokrasi yang menghargai segala perbezaan yang ada boleh diabaikan dengan menjustifikasikan kezaliman atas nama majoriti.

Setakat ini saya yakin dengan sikap demokratik beliau. Beliau sedia memberi ruang untuk dirinya disanggah dan menjawab balik secara tidak emosional. Beliau bahkan sanggup meletakkan jawatan selaku Menteri untuk mempertahankan pendirian beliau selepas melihat UMNO-BN kekal dengan slogan retorika tanpa iltizam politik untuk berubah.
Difikir-tulis oleh Pewaris Reformasi pada 02:47
Kata Kunci Politik

P094 Hulu Selangor..

Insya'Allah aku akan pergi malam sabtu ni.. pergi sekadar untuk melihat suasana.. nak bertugas tak mampu.. Insya'Allah akan tolong sekadar terdaya.. perjuangan mesti diteruskan..

Thursday, January 14, 2010

Akhlak org umno.. sekadar peringatan..


doalah moga2 kita tidak tergolong di kalangan org2 sebegini.. hutang ngan ptptn dakpe dk bayar.. hehehehe...

Kawan-kawan seperjuangan..

semalam.. minum air ngan kawan2.. setiap kali minum air.. pastinya mulut akan mula bergerak-gerak.. dari satu topik ke satu topik.. sehinggalah mata tidak mengizinkan..
pastinya.. apabila lepak sebegitu.. kawan2 akan bercerita.. pastinya juga.. akan meluahkan masalah.. tadok pitih.. tadok kje.. tdok saing untuk berjuang.. bolehlah dikatakan itulah cerita yang saban hari diceritakan.. yang bercerita tak pernah jemu untuk bercerita.. yang mendengar tak pernah tak mboh dengar.. walaupun brase gok bosan and boring.. hihi..
oleh kerana itu.. sebagai kawan2 yang prihatin.. berkilo-kilo lah nasihat, pandangan, motivasi diberi dan diterima.. cakap.. sape2 blh blake.. hehe..
cumanya.. tindakan tu agak kurang sket.. sembang blh berjam2.. kje?? tanyelah diri sendiri..
ambe ni org malas jugak.. dan ambe bukanlah org yang reti sangat bab2 menyelesaikan masalah.. tapi ambe pegang sangat2.. dalam apa jua keadaan kita knalah berusaha bersungguh2.. abih tea org trg kata.. dlm setiap lapangan yg kita ceburi.. nk berjaya di dunia ni atas diri kita.. org boleh nasihat, beri pandangan dan motivasi kita.. tapi hk gerak wak kje.. sape?? dk diri kita.. dok kira ah name apepun kita.. Allah taala akan tolong klu kita bersungguh.. Lim goh tong blh jadi jutawan.. doh awang sopi hk ddk pulau rusa dklh?? bkpe dkleh?? klu malas mmg dklh ah.. usaha tangga kejayaan bro.. gua doakan bro2 seme berjaya..
ilalliqa'..

Monday, January 11, 2010

Muhammad bin Mohd Azrin..

itulah nama yang dipilih aku.. setelah agak lama menunggu mimpi yang tak kunjung2 tiba.. bukan taraf ulama' payah sikit nak mimpi hak mende2 molek.. mimpi dok molek banyak sangat..
harap2lah anak ku ini Insya'Allah menjadi anak yang soleh.. berjaya di dunia dan akhirat..