Wednesday, January 11, 2012

rumah-wardina-safiyyah-dirompak-pagi.

MAKLUMAT yang baru diterima dari akaun mikroblogging twitter pengacara terkenal Wardina Safiyyah memaklumkan bahawa rumah beliau dimasuki perompak awal pagi tadi.

Difahamkan 3 orang perompak pekerja Indonesia bertopeng dengan bersenjatakan parang dan tongkat telah menyerang Ikhwan, suami beliau, didakwa kerana gagal mendapatkan barang kemas sebagai hasil rompakan.




Wardina pula mendakwa beliau dalam ketakutan bersembunyi di bawah selimut bersama anak-anak yang kini berada di dalam keadaan trauma menghadapi kejadian tersebut.

Wardina terpaksa meminjam komputer riba milik jiran memandangkan barangkali telefon bimbitnya turut berjaya dibawa lari oleh perompak.

ReJaM© "Kesian Wardina, takziah kak..."

source: http://milosuam.blogspot.com/2012/01/rumah-wardina-safiyyah-dirompak-pagi.html#ixzz1jE8oDvPx

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012.

salam perjuangan..

tahun baru, azam baru. azam hak tahun lepas tertunai tak lagi.. erkk.. biasalah setiap kali masuknya tahun baru pastinya kita akan berazam untuk melakukan itulah inilah.. yang pastinya terbaik dari tahun yang lepas.. yang tak kahwin berazam nak kahwin tahun ni.. yang masih lagi menganggur akan berazam untuk tidak lagi menganngur pada tahun ini.. macam-macamlah niat dan azam..

cumanya.. ramai yang terlupa.. sepatutnya di dalam memasang niat atau berazam tersebut.. pertama sekalinya patutlah kita berazam supaya kita mesti menjadi hamba Allah yang lebih baik dari tahun sudah.. perlu lebih beribadat.. perlu lebih bertakwa.. perlu lebih bersungguh untuk berjuang dan berjihad di jalan Allah..

tahun lepas.. duduk kecoh jugaklah.. 11/11/2011 tarikh pilihanraya umum.. tetapi tak menjadi.. tahun ni di war warkan.. insya'Allah bulan 3 @ 4 ni akan berlakunya pilihanraya tersebut.. walaubagaimanapun tarikh itu hanyalah nombor 2.. nombor 1 nya.. kerja mesti diteruskan.. perjuangan menegakkan syariat Allah ini mestilah melebihi segala-gala.. jangan malas dan jangan bertangguh.. ke guane???

Selamat tahun baru 2012.. bye bye 2011.. moga2 kita bertambah bagus dan baik di sisi Allah...

Saturday, December 17, 2011

Dari Punk menjadi 'Angry Bird'

Kelmarin seramai 65 remaja yang berpakaian seperti Mat Punk, berambut panjang, bertatu dan bertindik ditahan pihak berkuasa Aceh.

Kesemua remaja yang ditahan terdiri dari 59 orang lelaki dan enam perempuan.Yang lelaki dibotakkan kepala, dipaksa membuang perhiasan diri dan yang bertindik harus mencabut tindikan pada tubuh.Kemudian mereka disuruh berendam ke dalam sungai.


Mahu jadi Mat Punk? Di Malaysia boleh tapi tidak sekali di Aceh.


Sesi bercukur beramai-ramai - percuma!


Macam program nak khatan beramai-ramai ...

Penulis difahamkan, beratus-ratus peminat punk rock Indonesia sebelum itu tiba di Aceh untuk menonton konsert bagi mengumpul derma anak yatim.

Polis kemudian menyerbu tempat konsert tersebut dan menangkap sejumlah peminat yang menyimpan gaya rambut mohawks dan bertatu, memakai seluar jeans ketat serta rantai.

Mereka kemudian dibawa ke sebuah kem berdekatan bagi menjalani program pemulihan akhlak selama 10 hari yang dikendalikan oleh pihak polis.

Alamak! Ramainya Upin & Ipin!

Walaupun mendapat reaksi yang berbeza-beza, namun penguatkuasa syariat Islam di Aceh bukanlah sekadar menjadi hiasan dalam buku undang-undang pemerintah sahaja, sebaliknya ia dilaksanakan secara tegas oleh pemerintah daerah.

Jadi 'Angry Bird' pula kawan kita nih!

Bantahan dan kritikan sesetengah kelompok hak asasi manusia yang menolak pelaksanaan undang-undang itu tidak dipedulikan. Ia kerana Aceh sememangnya sudah lama ingin melaksanakannya.

Tambahan pula, ia sememangnya satu undang-undang yang disahkan sebelum berlakunya perjanjian damai antara pemerintah Indonesia, puak pemisah Gerakan Aceh Merdeka (GAM).

Oleh itu mahu tidak mahu dengan sokongan sebahagian besar parti politik di wilayah tersebut, maka penduduk Aceh harus akur dengan pelaksanaan undang-undang syariah itu.

Berikutan kuasa yang diberikan kepada pemerintah daerah, mereka berkuasa untuk mengenakan tuduhan jenayah kepada kesalahan-kesalahan berkaitan meminum minuman keras, berjudi, berzina dan mencuri.

Selamat Datang Ke Aceh! – Oleh SYAHRIL A. KADIR

Thursday, December 15, 2011

TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Pendakwah dan jurugambar berbakat :)Facebook beliau: http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

Wednesday, November 23, 2011

Ganjaran RM 1 juta...

KEJAYAAN mempertahankan pingat emas bola sepak Sukan Sea di Indonesia malam kelmarin membolehkan skuad bawah 23 tahun negara kendalian Ong Kim Swee dikurniakan RM900,000.

Ganjaran hampir mencecah satu juta ringgit itu adalah kurniaan peribadi Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yang jelas gembira dengan kejayaan barisan pemain negara menewaskan Indonesia dalam aksi final sekali gus mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada edisi 2009.


“Setiap pemain (20 orang) dan pegawai pasukan (10 orang) menerima RM30,000 menerusi sumbangan peribadi Tuanku Presiden yang turut bertemu pemain semalam (malam kelmarin),” kata pengurus skuad Sukan Sea negara, Datuk Hamidin Mohd Amin, petang semalam.

Walaupun terpaksa menggunakan kereta perisai ‘barracuda’, barisan pemain negara dilapor mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Sultan Ahmad Shah di hotel penginapan Presiden FAM itu di Jakarta selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti dengan kedudukan terikat 1-1 tamat masa tambahan.


Ganjaran awal terbabit dilihat sebagai pembakar semangat bagi pemain muda negara bertemu Syria dalam perlawanan kelayakan Sukan Olimpik 2012 bertemu Syria malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil diikuti Bahrain pada Ahad.


Malah ganjaran lain turut menanti mereka dengan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan badan induk bola sepak negara itu masih mengkaji habuan buat skuad kendalian Kim Swee yang tidak tewas sepanjang saingan temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu.

Selain itu, skuad Olimpik negara juga dijadual menjalani latihan di Sydney, Australia selama dua minggu pada pertengahan bulan depan dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan menentang kelab elit negara itu.

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/articles/PresidenFAMkurniaganjaranRM900_000/Article

Tuesday, November 22, 2011

Sekadar Renungan...

Asma' binti Kharizah Fazari r. ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu,

"Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu.

Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik.

Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.